Monday, March 2, 2009

Busy sepanjang minggu..

Lamanya aku tak menulis kat blog aku ni..Aku ni bukan ada masa pun nak ngadap benda ni sentiasa. Minggu lepas, hampir tiap2 ari aku balik lambat mlm..sian zikry...makan minum famili aku pun berterabur..arini aku rasa cam free sket walaupun banyak keja..heh, heh. ok la, citer banyak pun tak guna. Keja mmg tetap tak akan abis..bersyukur lah, aku still lg ada keja..

Tuesday, February 17, 2009

Awal kah aku??

Aku rasa aku dah "terawal" dtg ofis arini. Secara x sengaja nye aku sampai kul 8.15am. Ni dah bleh letak dlm book of record ni..Mana la sumer orang ni..rasa cam sengal lak dok sorang2 kat ofis.

Sunday, February 15, 2009

Cuti2 at Hyatt Regency, Kuantan

Cerita ni sbnrnya dah agak basi. tapi aku nak story disbbkan teringat abang aku tanya pasal gambar kat atas tu. Cuti aritu agak best jgk. Dah lama rasanya tak cuti lama. Biasanya kalau aku MC sekalipun, aku tetap buat keja dari rumah. Kata omputih: "Work from home"..hehe

Masa ni kebetulan cuti Krismas + aku amik annual leave brape hari ntah. yang aku ingat aku cuti sampai seminggu masa tu. Fuhh..masa tu rasa cam release gila, lupa pasal keja kejap. Mulanya kitorang nak terus balik kg-Klate. Tapi kitorang fikir dah lama tak gi cuti2 Malaysia. So, pegi la booking hotel kat Teluk Cempedak utk satu mlm. Amik bilik sea view. Mmg agak berbaloi jgk walaupun agak mahal harganya utk satu mlm.

Ni ada beberapa gambar utk tatapan semua..


































Thursday, February 12, 2009

Cerita aku MC

Aduyai..bosan nye dok rumah. Dapat MC 2 ari pun bukan boleh releks 100%..Baru kejap tadi aku antar amendment report yang SLA team nak. Smlm dah amend, arini nak amend lagi. Kalau bukan sbb rasa tanggungjawab, nak je aku ignore. Untuk pengetahuan semua, SLA team ni team yang compile semua SLA (Service Level Agreement) report sebelum antar kat Maybank. Maybank ni kira client kitorang. Kalau SLA tak meet, company kitorang kena bayar kat Maybank. So, kena make sure report tu accurate and team ni yang akan pastikan semua report ok sblm publish kat Maybank.

Aku sebenarnya nak citer pasal aku wat minor surgery untuk remove wisdom tooth aku smlm. Agak menggerunkan jugak bila aku ingat balik...Sblm operate tu, doctor tu brief la aku sket pasal apa yang akan dia buat nanti. Gigi bongsu aku ni ok, cuma kadang2 sakit. Maybe sbb dah ujung so takde tempat nak tumbuh betul2. Doctor tu citer ngan aku, dia akan cuba remove tanpa belah gusi aku. Tapi kalau susah, dia maybe terpaksa potong sket ngan pisau n tarik keluar gigi tu. Kalau takleh jgk, kena drill sikit. Aduh, aku dengar tu dah mula ketar2 dah. Dah la gi sorang2..Buat nya aku pengsan masa nak drive balik tak ke naya..Pastu dia citer lagi implication kalau bedah, kalau salah potong n terkena saraf, kemungkinan sebelah pipi ngan bibir aku akan rasa kebas. Aku tanya dia, permenantly ke doctor? Ha ah, seumur idup dia jawab..Aduii...apsal la doctor ni gi citer kat aku semua ni..Tapi dia kata, dia kena bgtau semua ni kat patient sblm surgery, takut nnti bila benda tu berlaku, so that patient tu dah aware pasal benda2 ni..

Tak kisah la doctor, aku pun dah sampai kat klinik ni..nak tak nak aku wat la jugak. 2 kali injek bius, aku mula rasa kebas..5 minit pastu doc mula nak cabut gigi bongsu aku tu. Try 2, 3 kali takleh dia kata dia terpaksa potong sikit. aku ok lagi..Pastu dia kata still takleh dia terpaksa drill.. Mak aih, aku rasa cam org tengah gerudi simen..dia keluarkan dia punya drill tu n start drill sket..aku mmg pejam mata laa all the way..tak sanggup aku nak tengok benda2 tajam tu semua masuk mulut aku..huh! Last2 dapat jgk keluarkan..aku tengok jam, kira agak cepat gak doc ni buat keja. dlm 1/2 jam dah siap. Biasanya dia cakap dalam 1-2 jam kalau susah sgt...Lepas dia jahit sket, dah terus beress... Balik rumah aku tidur tapi bukan blh tidur pun..Team lead aku SMS mintak tlg siapkan jgk report tu. Nak tak nak, dgn tangan terketar2 sbb tahan sakit aku siapkan jgk..

Bila ingat balik, aku rasa aku ni gigih gak orgnya..hehe. Penah sekali tu masa aku balik dari ofis, jalan tengah jam betul2 depan TV3 kat Bandar Utama, tiba2 aku rasa cam nak pitam. Mata dah keluar bintik2 itam dah. Sebelah kiri ada keta besar, sblh kanan ada divider jalan. Aku rasa cam nak terbabas pun ada gak. Buatnya aku pengsan depan TV3 tak pasal2 jadi cam "Kak Pah". hehe..nnti blh masuk news ngan Melodi..huhu..Tapi bila aku ingat anak aku ngan suami aku, aku kuatkan semangat. Aku fikir, kalau ada apa2 berlaku kat aku, sape nak jaga diorang?? Pastu aku rasa cam masa tak banyak ngan diorang kecuali weekend. Rasa cam tak puas lagi tengok gelagat anak aku, husband aku..Bila ingat semua tu, aku concentrate balik and try bawak keta sampai rumah. Aku mintak tolong husband aku amik Zikry kat nurseri.


Aku ingat laaa..ramai2 adik beradik aku, aku la yang selalu dapat sakit kot. Aku penah accident motor -masuk wad kat HBKB (masa tu la..), pastu aku penah kena denggi, kena dok hospital Putrajaya 4 hari. Migrain?? takyah citer la..hampir setiap minggu aku kena migrain. Masa bersalin lak, aku kena caesarean. Aku blh rasa lagi perut aku cam terbelah sket n bergerak2 masa doc keluarkan baby tu..emmm...

Tapi aku redha semua tu. Aku fikir mungkin dosa aku banyak. Allah turunkan dugaan kat aku.
Walau macamana pun, aku tetap bersyukur sebab aku rasa Allah tak berhenti2 berikan rezeki untuk kami sekeluarga. Kadang2 aku rasa takut..takut kalau2 diturunkan ujian yang lagi besar. Nauzubillah..yang penting, aku selalu ingatkan husband aku, walau sesibuk mana pun kita dgn kerja, sembahyang 5 waktu jgn lupa. Sbb smyg tu adalah tiang agama. Kukuh tiang tu, kukuh la idup kita..Goyang tiang tu, goyang la idup kita..

Tuesday, February 10, 2009

My Second Writing

Hehe..ikutkan aku tak tau nak tulis apa..rupa2 nya ada jugak orang tgk blog aku ni.

Penat, letih, ngantuk! Tu jela yg blh aku cakap buat masa ni. Penat otak berfikir, letih badan baru balik dari office dan mengantuk cam nak terpejam dah mata ni. Baru je sampai rumah, team lead aku lak SMS suruh reply and follow up email dari SLA team. Gila betul! Keluar office dah kul 8.30pm. Sampai umah dah dekat kul 9.30pm. Ikut ati mmg aku malas, tp disbbkan aku ni seorang yg committed ngan keja, terpaksala aku buat gak. (heh! heh! up kan diri sendiri sket..)

Penat x penat, kerenah anak kena layan gak. Seletih mana aku rasa, aku tak nak marah2 kat Zikry. Kesian...satu hari tinggal kat nurseri, balik tak kan nak marah2 lagi. Kira agak2 la..aku utang masa ngan dia.

Errkhh..keja x siap lagi..esok jela aku wat follow up. Esok lak aku maybe MC. Nak kena wat minor surgery utk cabut gigi bongsu aku ni. Huh! wat malu je, dah tua camni baru nak tumbuh gigi bongsu. Pe2 hal, nantikan sambungan citer aku yang seterusnya..heh..heh!

Monday, February 9, 2009

My first time

Assalamualaikum..

Ni first time aku cuba2 dalam blogging. So kalau ada apa2 kekurangan, sila berikan tunjuk ajar dan comment.

Firstly, let me introduce myself. I'm married and have 1 kid. A son actually. He is 3 years old and will turn to 4 this Sept. Working and married with a man from IT industry. 2-2 macam gile keja. Tapi rasanya aku ok sket...hehe!

Rasanya, ok la utk permulaan setakat ni. Will continue later if have time.